Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

HARI RAYA GATHERING IN CONJUNCTION WITH VIRTUAL SESSION BY THE MINISTER AT THE PRIME MINISTER'S OFFICE AND MINISTER OF DEFENCE II WITH PERSONNEL SERVING OVERSEAS

BOLKIAH GARRISON, Friday, 04 April 2025 - In light of the festive month of Syawal, the Joint Force Headquarters, Royal Brunei Armed Forces (JFHQ, RBAF) held a celebration in conjunction with Hari Raya Aidilfitri held at the Officers' Mess, Bolkiah Garrison following the virtual meeting that was earlier conducted at the Joint Force Headquarters that morning.

Present was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister at the Prime Minister's Office and Minister of Defence II. Also present were Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence, members of the RBAF Executive Committee and Senior Officers.

The event began with a group photo session with officers of JFHQ, followed by the recital of prayer led by Acting Director of RBAF Religious Directorate (JAMA'AT) and continued with a morning breakfast.

The Hari Raya Aidilfitri Celebration serves as a meaningful opportunity for officers of JFHQ RBAF to strengthen relationships and foster camaraderie, thus contributes to a healthier and more effective work environment. Such an event play a crucial role in fostering strong relationships and ensuring excellence and professionalism within the organisation.





MAJLIS JAMUAN RAYA SEMPENA SESI SECARA MAYA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DAN MENTERI PERTAHANAN II BERSAMA ANGGOTA-ANGGOTA BERTUGAS DI LUAR NEGARA

BOLKIAH GARISON, Jumaat, 04 April 2025 – Sempena meraikan bulan Syawal yang mulia, Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB) telahpun mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Mes Pegawai, Bolkiah Garison, susulan mesyuarat secara maya yang diadakan sebelumnya di Markas Angkatan Bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II. Turut hadir ialah Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, Yang Mulia Brigedier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, ahli Jawatankuasa Eksekutif ABDB dan Pegawai-Pegawai Kanan.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar ramai bersama pegawai-pegawai MAB, diikuti dengan bacaan doa yang diketuai oleh Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA'AT), dan diteruskan dengan menikmati jamuan.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini merupakan satu peluang bermakna bagi pegawai-pegawai MAB ABDB untuk mempereratkan lagi hubungan silaturahim. Ini bukan sahaja mempertingkatkan lagi keharmonian berpasukan, malah turut menyumbang kepada persekitaran kerja yang lebih sihat dan berkesan. Majlis seperti ini memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan yang kukuh dan dapat menjamin kecemerlangan dan profesionalisme dalam organisasi.​